Abstract

Hadis merupakan sumber kedua Islam selepas al-Quran yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW dari segi perkataan, perbuatan, perakuan dan sifat tubuh badan (jasmani) atau akhlak (rohani). Ia berperanan sebagai penjelas kepada isi kandungan al-Quran dengan lebih terperinci. Namun terdapat sekelompok masyarakat yang terpengaruh dengan pemikiran orientalis barat sehingga mereka tergolong sebagai kelompok yang beraliran anti hadis. Golongan ini berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata dan menolak autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua. Kajian ini bertujuan mengkaji pegangan golongan anti hadis (GAH) dari aspek al-Quran, hadis, akidah dan syariat. Secara khususnya, kajian ini memfokuskan kepada pendirian golongan ini terhadap isu solat iaitu yang berkaitan (i) pensyariatan solat, (ii) waktu solat, (iii) kaedah-kaedah solat dan (iv) rakaat solat. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengumpulkan data daripada buku, jurnal dan artikel. Analisis data pula dilakukan secara deskriptif tematik. Kajian mendapati bahawa pendirian golongan anti hadis (GAH) terhadap isu solat dan kaifiyat solat adalah salah dan terpesong kerana mereka mentafsirkan ayat al-Quran berkaitan solat mengikut logik akal semata-mata dan tidak menjadikan hadis sebagai panduan. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya golongan ini seterusnya memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat dalam usaha membanteras golongan ini di Malaysia.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call