Abstract

Golongan mualaf merupakan mereka yang melalui proses perpindahan agama iaitu asalnya bukan beragama Islam lalu membuat keputusan untuk memeluk Islam. Kesan daripada proses perpindahan tersebut, golongan mualaf sering ditimpa pelbagai cabaran sebagai seseorang yang baru sahaja mendapat status ‘muslim’. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf di Malaysia. Kajian ini akan dijalankan secara kualitatif menggunakan kajian kepustakaan untuk mengenalpasti kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh mualaf di pelbagai kawasan berbeza. Pengkaji mencadangkan agar semua umat Islam mengambil cakna mengenai cabaran yang dihadapi golongan mualaf kerana mereka sangat memerlukan bimbingan dan sokongan daripada semua pihak. Dapatan kajian ini penting untuk memberi gambaran kepada semua masyakarat Islam dan agensi dakwah yang berkenaan tentang isu yang berlaku dalam kalangan mualaf agar suatu perancangan sistematik dapat dilaksanakan.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.