Abstract

Pengajian Tahfiz antara modul pengajaran yang mengambil tempat di institusi kerajaan dan juga swasta. Saban tahun berlalu, jumlah pengeluaran huffaz dari institusi, pusat dan madrasah mencapai angka yang dapat dibanggakan. Ini kerana berimpak dari model dan modul pembelajaran yang digunakan dan diimplimentasikan dalam silibus pengajaran. Namun, mutakhir ini dunia sempat dikejutkan dengan penularan virus COVID-19 yang akhirnya sempat mengorbankan jutaan jiwa dan memusnahkan ekonomi di pelbagai negara, malah ianya juga memberi impak kepada sektor pendidikan termasuklah pengajian Tahfiz. Masyarakat dunia yang masih dalam proses adaptasi akhirnya menerima kenyataan betapa pentingnya teknologi dalam sektor kewangan dan pendidikan bagi meneruskan kembali rutin agar generasi baru ini tidak terkapai-kapai pada masa hadapan, walaupun hakikatnya ia memberikan kesan yang mendalam dalam sektor pendidikan, apabila standard pendidikan anak-anak berada di tahap yang tidak memuaskan. Justeru fokus kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti aplikasi digital Tahfiz yang wujud di dalam Google play dan Apps store dan kelebihan-kelebihannya. Dengan menggunakan metode kualitatif, iaitu analisis dokumen (kajian-kajian lepas) dan pemerhatian terhadap aplikasi di dalam pasaran digital, kajian ini mendapati terdapat sembilan aplikasi Tahfiz digital yang sedang dipasarkan di dalam Google Play dan Apps Store. Sekali gus menunjukkan kebolehpasaran inovasi digital dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Tahfiz, ianya memperlihatkan kemampuan untuk institusi ini untuk bergerak seiring dengan aliran perdana yang lain. Persoalannya bagaimanakah penerimaan pelajar dan bagaimanakah impaknya kepada para pelajar, adakah hasilnya positif atau sebaliknya.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call