Abstract

Penarafan institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dalam kedudukan universiti dunia Quacquarelli Symonds (QS) menunjukkan peningkatan positif dalam bilangan mahasiswa dan kualiti pendidikan negara. Walau bagaimanapun, isu kebolehpasaran di kalangan graduan sebaik sahaja tamat pengajian semakin memimbangkan dan perlu diberi perhatian. Penglibatan secara aktif mahasiswa dalam kegiatan persatuan pelajar dilihat mampu menyelesaikan masalah ini. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) merupakan persatuan belia kebangsaan yang berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia, Kementerian Belia dan Sukan, dan mempunyai cawangan di IPT seluruh negara. Kajian ini memfokuskan peranan PEMBINA di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam menghasilkan modal insan yang holistik melalui program bersifat dakwah. Kajian ini dijalankan menerusi tinjauan menyeluruh program bantuan ‘Siswa Meal Box’ yang dilaksanakan oleh warga kerja PEMBINA. Kajian kualitatif menggunakan instrumen dokumentasi, reflektif jurnal dan borang soal selidik sebelum dan selepas mengadakan program telah direka bentuk. Perisian ATLAS.ti® versi 8 digunakan untuk menganalisis kaji selidik dan temu bual tidak berstruktur dijalankan bagi meninjau persepsi responden terhadap program yang dikendalikan. Responden kajian terdiri daripada ahli PEMBINA yang merupakan ahli jawatankuasa program seramai 25 orang. Analisis mendapati penganjuran program mengikut model PEMBINA telah melatih kemahiran ahlinya dari aspek komunikasi, interaksi sosial, kepimpinan, dan semangat kerja sepasukan. Kemahiran ini mampu membentuk mahasiswa yang proaktif, yang penuh dengan nilai-nilai positif seterusnya meningkatkan daya saing serta kebolehpasaran dalam pekerjaan

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call