Abstract

Membangunkan manusia atau disebut sebagai modal insan, merupakan proses yang berterusan dan melibatkan usaha daripada perlbagai pihak, khususnya para pendakwah. Makalah yang bersifat konseptual ini bertujuan untuk mengetengahkan dakwah ke arah kefahaman yang holistik mengenai pembangunan modal insan yang meliputi tiga aspek utama kejadian manusia iaitu fizikal intelektual dan spiritual. Pembangunan komponen spiritual merupakan asas dalam pembangunan manusia kerana di sinilah letaknya organ utama yang menjadi raja kepada seluruh anggota badan, iaitu hati; pada hatilah letaknya roh yang memberi makna, tujuan dan nilai sebuah kehidupan. Makalah ini menggunakan analisis deskriptif manakala, sumber data yang digunakan dalam kajian ini adalah sumber sekunder yang berkaitan dengan topik, khususnya dakwah dan spiritualiti yang meliputi makna, tujuan dan nilai hidup. Proses menganalisis data dilakukan dengan mengkaji, menganalisis dan membandingkan pelbagai sumber literatur serta mentafsirkan hasil analisis yang diperolehi. Dapatan yang dihasil menjelaskan bahawa peranan dakwah yang bermula dengan diri pendakwah itu sendiri melalui kefahaman yang jelas tentang peranan komponen spiritual yang disokong oleh komponen intelektual dan fizikal merupakan asas kepada kejayaan dalam membangunkan modal insan.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.