Abstract

Pelaksanaan idah bagi wanita kematian suami selama empat bulan sepuluh hari terdiri daripada beberapa perkara penting seperti tidak dibenarkan berkahwin lain serta kewajipan berihdad sepanjang tempoh tersebut. Ketetapan pelaksanaan ihdad yang turut dikenali sebagai tempoh berkabung dalam kalangan masyarakat adalah suatu bentuk tanggungjawab khusus yang perlu dilaksanakan oleh seorang isteri apabila berlakunya kematian suami. Meskipun terdapat sedikit keringanan (rukhsah) diberikan oleh ulama dalam pelaksanaan ihdad ini, secara tidak langsung ianya telah menjurus kepada sikap ketidakcaknaan dan bermudah-mudah golongan wanita dalam memahami tuntutan ihdad yang seterusnya dapat menyebabkan kecacatan pelaksanaan ihdad menurut kehendak syarak. Justeru, kajian ini dilakukan bagi menjelaskan pensyariatan ihdad serta larangan-larangannya yang perlu dipatuhi dalam tempoh idah sebagaimana yang telah ditetapkan. Kajian ini dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kualitatif yang memanfaatkan sumber primer seperti kitab-kitab turath dan sumber sekunder yang terdiri daripada kajian-kajian terdahulu serta buku-buku berkaitan. Kaedah analisis kandungan diguna pakai dalam mendapatkan maklumat bagi membentuk kesimpulan yang bertepatan dengan matlamat kajian. Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pematuhan terhadap larangan-larangan berkaitan ihdad adalah berkait rapat dalam memenuhi tuntutan idah wanita kematian suami. Pengamalan ihdad dengan pemahaman yang benar akan membolehkan maqasid pensyariatan dicapai sekaligus menyuburkan pelaksanaan syariat dengan konsep yang sebenar. Tegasnya, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan pemahaman masyarakat khususnya golongan wanita mengenai pelaksanaan tuntutan ihdad sebagai suatu bentuk pendekatan agama dalam menangani salah satu ujian kehidupan di samping memelihara kemaslahatan umatnya.
 
 
 The observance of idah by a woman following the death of her husband for a period of four months and ten days encompasses several crucial aspects as the prohibition of remarriage and others obligation to maintain ihdad throughout the designated period. The practice of ihdad, also known as the mourning period in the community represents a specific responsibility that a wife must undertake upon her husband’s demise. While some scholars have allowed for limited flexibility (rukhsah) in the implementation of ihdad, it indirectly led to a lack of understanding and a more lenient interpretation among some women in understanding the requirements of ihdad, which can subsequently lead to deviations from the Shariah's prescribed guidelines. Hence, this study aims to clarify the legal aspects of ihdad and its associated prohibitions that should be adhered to during the prescribed waiting period. To accomplish this, a qualitative methodology is employed, utilizing primary sources like classical Islamic texts and secondary sources, which include previous studies and relevant literature. Content analysis is used as the methodology to gather information and reach conclusions in line with the research objectives. This study evidently demonstrates that compliance with the prohibitions related to ihdad is closely intertwined with meeting the waiting period requirements for women whose husbands have passed away. A comprehensive comprehension and faithful observance of ihdad facilitate the achievement of the objectives outlined by Shariah and promote the authentic application of Islamic law. Fundamentally, this research is anticipated to play a role in enriching the community's comprehension, particularly among women, regarding the practice of ihdad as a religious approach for addressing one of life's trials and safeguarding the well-being of the community.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call