Abstract: This research examines the ethical and jurisprudential implications of social media influencing from an Islamic perspective, within Maqasid Shariah point of view. As social media influencers increasingly affect public opinion and consumer behaviour, there is an urgent need to evaluate this phenomenon within the framework of Maqasid Shariah. The study aims to provide a comprehensive overview of social media influencing, explore Islamic perspectives on the practice, analyse relevant fiqh rulings, and develop guidelines for Muslim influencers based on Maqasid Shariah. Applying a qualitative methodology, the research performs a systematic literature review of recent studies and fatwas. The analytical framework is grounded in Maqasid Shariah, focusing on the categories of maslahah, the five essential values of Shariah, and the balance between benefits and harms. Findings discover that while social media influencing is generally permissible in Islam, its ethical soundness depends on compliance to Islamic principles and objectives. The study proposes a comprehensive framework based on three critical areas: intentions (al-Qasd), approaches (al-Ada'), and consequences (al-Ma'al), highlighting the importance of generating maslahah rajihah (preponderant interest) over maslahah marjuhah (outweighed interest). This research contributes to the ongoing discussion on digital ethics in Islam and provides practical guidelines for Muslim influencers to direct their roles in alignment with Islamic teachings. Abstrak: Penyelidikan ini menangani implikasi etika dan fiqh berkaitan dengan pengaruh media sosial dari perspektif Islam, menggunakan pendekatan Maqasid Shariah. Seiring dengan peningkatan peranan pengaruh media sosial dalam membentuk pendapat awam dan tingkah laku pengguna, terdapat keperluan mendesak untuk menilai fenomena ini dalam kerangka prinsip-prinsip Islam. Kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang pengaruh media sosial, meneroka perspektif Islam mengenai amalan ini, menganalisis hukum-hukum fiqh yang berkaitan, dan membangunkan garis panduan untuk para pempengaruh Muslim. Menggunakan metodologi kualitatif, penyelidikan ini melaksanakan ulasan literatur sistematik terhadap kajian dan fatwa terkini. Kerangka analisis berasaskan Maqasid Shariah, yang memberi tumpuan kepada kategori maslahah, lima nilai asas Shariah, dan keseimbangan antara manfaat dan kemudaratan. Penemuan menunjukkan bahawa walaupun pengaruh media sosial umumnya dibenarkan dalam Islam, kesahihan etika bergantung kepada kepatuhan kepada prinsip-prinsip Islam. Kajian ini mencadangkan kerangka komprehensif berdasarkan tiga domain kritikal: niat (al-Qasd), pendekatan (al-Ada'), dan akibat (al-Ma'al), dengan menekankan kepentingan menjana maslahah rajihah (kepentingan yang lebih besar) berbanding maslahah marjuhah (kepentingan yang kurang). Penyelidikan ini menyumbang kepada wacana berterusan mengenai etika digital dalam Islam dan menyediakan garis panduan praktikal untuk pempengaruh Muslim agar melaksanakan peranan mereka selaras dengan ajaran Islam.
Read full abstract