Abstract

Wasiat merupakan salah satu instrumen perancangan harta pusaka yang menjadi pilihan orang Islam di Malaysia. Namun demikian, pelaksanaan wasiat selepas kematian pewasiat masih berdepan cabaran seperti pelaksanaan wasiat ini masih boleh dicabar, terhad kepada 1/3 bahagian kepada bukan waris, pergaduhan di antara waris, perlantikan penjaga tidak beramanah sehingga berlakunya pengabaian benefisiari. Justeru, kajian ini akan menganalisis aplikasi Wasiat Beramanah sebagai alternatif dalam perancangan harta pusaka yang lebih sistematik dan holistik. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan temu bual bersama seorang pegawai di Amanah Raya Berhad (ARB). Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Wasiat Beramanah adalah lebih komprehensif daripada wasiat biasa, berupaya menunaikan hasrat pewasiat, dan menjaga kebajikan waris-waris selepas berlaku kematian pewasiat. Kajian ini mencadangkan aplikasi Wasiat Beramanah ini diperluaskan lagi kerana masih kurang diberi perhatian. Keywords: Wasiat Beramanah, Wasiat, Perancangan harta pusaka, Amanah (trust)

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.