Abstract

Tarian ‘Langgie Pingadap’ merupakan tarian tradisional bagi suku kaum Bidayuh yang mana dipersembahkan oleh golongan lelaki dan wanita sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan di atas rezeki padi yang diperoleh. Seiring dengan perkembangan zaman, tarian ini mula berfungsi untuk menyambut kedatangan tetamu yang datang melawat ke kawasan Bidayuh. Menerusi kajian ini, pengkaji cuba melihat perbandingan tarian Langgie Pingadap dulu dan kini terutamanya di kawasan kajian iaitu di Kampung Rayang, Serian, Sarawak. Pemilihan lokasi kajian adalah disebabkan kawasan berkenaan menjadi penempatan sebahagian besar suku kaum Bidayuh. Perbandingan tarian ini akan dilihat dalam konteks pakaian, aksesori dan penggunaan warna selain fungsi mengapa tarian ini dipersembahkan. Untuk memastikan kajian ini mencapai objektif, penulis telah menggunakan pendekatan etnografi dengan melibatkan beberapa kaedah kajian seperti menemubual beberapa orang informan yang mempunyai pengetahuan tentang tarian Langgie Pingadap termasuklah yang terlibat secara langsung dalam tarian ini. Hasil kajian mendapati sememangnya ada perbezaan yang begitu ketara sehinggakan terjadinya perubahan dalam keaslian tarian ini termasuklah pakaian penari. Walaupun ada perubahan yang berlaku, namun tarian ini harus dipulihara dan dikekalkan kerana ia melambangkan kebudayaan dan identiti suku kaum Bidayuh sejak sekian lamanya.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call