Abstract
Kajian ini adalah mengenai Implikasi Pandemik Covid-19 terhadap sektor seni visual di Malaysia yang merangkumi tiga pusat atau tempat balai dan muzium seni ini dipergiatkan iaitu di Balai Seni Negara, Balai Seni Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Muzium Sarawak. Kajian ini telah dilaksanakan secara kualitatif dengan distrukturkan dengan objektif kajian ini dan juga teori pengurusan risiko yang terdapat lima peringkat iaitu mengenal pasti risiko, menilai dan menganalisis risiko, merancang tindakan, melaksanakan dan mengukur, mengawal dan memantau. Antara permasalahan yang diketengahkan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah berkaitan pengurusan krisis. Permasalahan krisis ini yang bukan sahaja berlaku terhadap institusi-institusi di Malaysia malah di seluruh dunia. Permasalahan krisis yang kita tidak dapat jangka kejadiannya amatlah perlu kita khuatiri dan difokuskan kredibiliti pengurus seni dalam mengatasinya. Kaedah kualitatif yang diaplikasikan dalam kajian ini telah berpandukan modul kajian perancangan pengurusan risiko yang telah disediakan oleh pengkaji dan setiap soalan temubual yang diajukan kepada informan temubual adalah berpandukan modul kajian tersebut dan akan dibincangkan dengan membuat perbandingan di antara ketiga-tiga lapangan kajian pengkaji. Hasil daripada analisa itu akan diperhalusi bagi mencapai objektif yang telah diketengahkan oleh pengkaji.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.