Abstract

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang strategi dan cabaran sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Setinggan merujuk kepada apa-apa rumah, pondok, bangsal, gerai, sengkuap, tempat perteduhan, kurungan beratap atau apa-apa sambungan atau binaan yang bercantum kepada sesuatu bangunan atau binaan lsin yang dibuat daripada apa-apa juga bahan sebagai tempat kediaman manusia. Objektif utama kajian ini ialah mengenalpasti strategi sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan serta apakah cabaran yang dihadapi oleh sektor penguatkuasa dalam menangani isu setinggan. Pendekatan utama kajian ini adalah pendekatan kualitatif yang bersandarkan kepada data primer dan data sekunder. Data sumber primer melalui pemerhatian dan temubual. Manakala data sumber sekunder adalah melalui artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan secara meluas dalam penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan sektor penguatkuasa telah berusaha untuk mengekang masalah ini daripada terus berleluasa dengan mengenalkan Program Sifar Setinggan. Namun begitu, isu setinggan ini perlu dipantau dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan oleh isu setinggan ini tidak boleh dihapuskan secara langsung tetapi boleh dikawal dari semasa ke semasa.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call