Abstract

Inap desa atau lebih dikenali sebagai homestay merupakan salah satu daripada produk pelancongan desa yang terdapat di Malaysia. Program Inap desa ini bukan sahaja penting dalam pembangunan ekonomi negara malah juga dapat menyumbang dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat Malaysia serta dapat menjaga kelestarian alam sekitar. Sehubungan dengan itu, pembangunan Inap desa juga sering dikaitkan dengan isu pelaksanaan dan amalannya yang mapan. Bagi mencapai matlamat pelancongan yang mapan, maka pembangunan dan amalan perlaksanaan program Inap desa perlu juga harus mapan iaitu pembangunan yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang. Kajian ini telah menggunakan kaedah kutipan data melalui kaedah temu bual mendalam dan survei temu bual bersemuka dengan borang soal selidik. Hasil kajian ini mendapati bahawa penduduk kampung bersetuju untuk membangunkan pelancongan melalui penginapan Inap desa dan penduduk di Kampung Pulau Gaya juga bersedia untuk saling bekerjasama dalam membangunkan Inap desa ini. Malahan perkara ini juga bertepatan dengan perancangan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk membangunkan produk pelancongan Inap Desa di perkampungan Pulau Gaya. Walaubagaimanapun, wujud cabaran atau masalah yang perlu dihadapi oleh ahli komuniti yang ingin terlibat dalam pembangunan Inap desa ini seperti masalah kewangan yang menjadi kekangan utama penduduk kampung yang rata-ratanya mempunyai pendapatan dalam RM1000 ke RM2000. Oleh itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu memberikan pendedahan yang terperinci kepada pelbagai pihak berkaitan dengan potensi aktiviti pelancongan alam semulajadi melalui inap desa berasaskan komuniti di Kampung Pulau Gaya

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call