Abstract

Semantik inkuisitif merupakan kerangka kajian yang digunakan dalam bidang linguistik untuk menganalisis makna secara mendalam dengan bersandarkan data empirikal, kerangka teoretis dan akal budi. Kajian ini dijalankan bagi menganalisis secara sistematik dan sintesis pendekatan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran peribahasa berasaskan inkuiri di peringkat sekolah menengah. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada unsur kemahiran berfikir aras tinggi seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri agar dapat membantu pelajar menguasai kemahiran dalam pembelajaran abad ke-21. Dua pangkalan data, iaitu Scopus dan Google Scholar digunakan untuk mendapatkan artikel berkaitan yang menfokuskan penerbitan dari tahun 2019 sehingga 2023. Kajian ini mengaplikasikan Model PRISMA sebagai prosedur kajian. Sebanyak 471 artikel berjaya dikumpulkan. Walau bagaimanapun, hanya 20 artikel sahaja dikenal pasti yang memenuhi skop kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan kerangka kajian semantik inkuisitif berjaya mencungkil makna sebenar peribahasa sehingga ke akar umbi menggunakan kaedah inkuiri selain dapat menonjolkan kemahiran berfikir yang tinggi dan juga kepelbagaian disiplin ilmu. Walau bagaimanapun, jumlah kajian yang menggunakan semantik inkuisitif sebagai kaedah pembelajaran aspek seni bahasa di peringkat sekolah menengah masih dikira sangat sedikit. Justeru, kajian yang memanfaatkan semantik inkuisitif dalam konteks bidang pendidikan boleh diperbanyak dan dipelbagaikan lagi pada masa akan datang.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.