Abstract
Pandemik COVID-19 menjadi punca berlakunya pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Kajian ini bertujuan menjelaskan praktis kekuasaan dalam wacana pedagogi secara dalam talian di pengajian tinggi melalui pemerihalan ciri struktur interaksi dalam sistem ambil gilir dan ayat tanya pensyarah (Ps) dan pelajar (P) serta tafsiran amalan wacananya. Kajian kualitatif ini akan meneroka praktis kekuasaan dalam pelaksanaan PdP secara dalam talian di pengajian tinggi sebagai satu kajian kes. Data kajian diambil melalui temu bual dengan pelajar dan rakaman PdP dalam talian yang melibatkan seorang pensyarah dan pelajar di salah sebuah universiti awam di Indonesia. Rakaman data ditranskrip untuk diperoleh teksnya dan dianalisis dengan kerangka teori Analisis Wacana Kritis (AWK) Fairclough berdasarkan dimensi tekstual, amalan wacana dan praktis sosial. Fokus praktis kekuasaan pada kajian ini dijelaskan melalui pemerihalan dimensi tekstual, iaitu ciri struktur interaksi dalam sistem ambil gilir Ps-P, ayat tanya serta menafsirkan amalan wacana. Manakala struktur interaksi dicerakin dengan kerangka teori Sinclair dan Coulthard. Hasil kajian menunjukkan wujudnya praktis kekuasaan pensyarah yang melibatkan kuasa sah, kuasa pakar, dan kuasa penghargaan pensyarah kepada pelajar melalui struktur gerakan yang dimulakan pensyarah, iaitu Ps, Ps-P, Ps-P-Ps dan Ps-Ps. Praktis kekuasaan pensyarah pula ditunjukkan melalui amalan pensyarah mengemukakan ayat tanya tertutup, berceramah secara panjang lebar, menjawab soalannya sendiri, mengulang jawapan pelajar dan menyuap jawapan pelajar; serta amalan pelajar tidak merespons, lambat merespons dan merespons terus soalan pensyarah. Didapati praktis sosial kekuasaan pensyarah dan pasifnya pelajar menjadi punca tidak berjayanya PdP secara dalam talian yang berpusatkan pelajar mengikut kurikulum yang mengimplementasikan Merdeka Belajar-Kampus Merdeka. Kajian ini menambah baik kajian wacana pedagogi terdahulu yang tidak mengaitkan dengan kurikulum dan tidak dikaji dengan pendekatan AWK. Kajian ini memberikan sumbangan disiplin linguistik terhadap pengemasan pedagogi pensyarah yang sesuai dengan kurikulum semasa.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.