Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara orientasi matlamat dan keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI. Kajian tinjauan ini dijalankan dalam kalangan 30 orang altet yang mewakili UPSI dalam kejohanan hoki peringkat Universiti (lelaki, n=17; perempuan, n=13). Instrumen soal selidik Task and Ego Orientation Sport Questionnaire (TEOSQ) dan Physical Activity Enjoyment Scale (PACES) digunakan untuk mengukur orientasi matlamat dan tahap keseronokan. Analisis deskriptif min dan sisihan piawai; analisis inferens Ujian-t sampel tidak bersandar serta korelasi digunakan untuk mengenalpasti orientasi matlamat dan tahap keseronokan atlet serta perkaitan antara kedua-duanya. Dapatan kajian menunjukkan atlet hoki UPSI lebih berorientasikan tugasan berbanding ego dan mempunyai tahap keseronokan yang sederhana. Hasil keputusan inferens korelasi turut menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan (p = 0.001, p<0.05) diantara orientasi ego dengan keseronokan atlet hoki UPSI. Aspek orientasi ego secara tidak langsung memberi kesan yang positif terhadap tahap keseronokan atlet. Atlet hoki perlu diterapkan latihan kemahiran psikologi yang lebih spesifik dan memberi kesan kepada peningkatan orientasi matlamat kerana ia mempengaruhi tahap keseronokan atlet.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call