Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan ketahanan mental dan kecerdasan emosi terhadap atlet berpasukan dan individu. Borang soal selidik Mental Toughness Questionnaire 48 (MTQ48) diguna pakai untuk mengukur empat konstruk kajian ketahanan mental, iaitu keyakinan diri, komitmen, cabaran dan kawalan diri. Manakala Mayer-Salovey-Caruso Emotional Intelligence Test (MSCEIT) diguna pakai untuk mengukur 4 konstruk kajian kecerdasan emosi, iaitu persepsi emosi, penggunaan emosi, kefahaman emosi dan pengurusan emosi. Seramai 49 atlet dipilih sebagai sampel kajian dengan atlet yang menjadi sampel sekurang-kurangnya mewakili peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang sukan yang diceburi. Hasil kajian mendapati nilai min yang tertinggi bagi konstruk ketahanan mental adalah keyakinan diri (min=3.76). Manakala bagi konstruk kecerdasan emosi, pengurusan emosi (min=3.73) mempunyai nilai min tertinggi. Namun begitu, kajian menunjukkan terdapat hubungan antara ketahanan mental dan kecerdasan emosi dalam kalangan atlet secara kesuluruhannya (r=0.472, p<0.05). Seterusnya, kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan antara ketahanan mental dan kecerdasan emosi dalam kalangan atlet berpasukan (r=0.245, p>0.05). Walaubagaimanapun, hasil kajian mendapati konstruk ketahanan mental dan kecerdasan emosi (r = 0.623, p<0.05) mempunyai hubungan yang signifikan terhadap atlet individu. Ini menunjukkan bahawa dapatan kajian ini memberi kesan kepada jurulatih, ahli psikologi dan atlet sendi dalam memahami pentingnya aspek piskologi dalam mencapai matlamat mereka.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.