Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menjelaskan perbandingan penggunaan gaya pengajaran Grasha-Riechmann oleh guru berdasarkan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dan secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data, dan kaedah kepustakaan serta temu bual dalam mengumpul data. Instrumen yang digunakan terdiri daripada borang maklum balas dan platform Google Meet untuk tujuan temu bual bersama responden. Responden kajian terdiri daripada tiga orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan, Sabah. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbandingan dalam pelaksanaan kaedah pengajaran guru di dalam bilik darjah dan secara dalam talian berdasarkan gaya pengajaran Grasha-Riechmann. Hasil kajian mendapati bahawa gaya fasilitator adalah gaya yang dominan digunakan responden ketika melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah, manakala gaya autoriti formal pula adalah gaya dominan digunakan responden ketika melaksanakan pengajaran secara dalam talian. Dari segi implikasi, kajian ini memberikan pendedahan kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bukan sahaja untuk memanfaatkan penggunaan kemahiran abad ke-21 malah dapat memotivasikan semangat pelajar untuk terus mengikuti sesi pembelajaran dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call