Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan sebuah pemampat acuan yang mampu menghasilkan pelbagai jenis acuan pastri. Objektif utama adalah untuk mengurangkan tenaga buruh secara manual dan meningkatkan kecekapan pengeluaran pastri. Melalui integrasi Pneumatik Silinder Aktuator, Solenoid Valve, dan Pengawal Logik Berprogram (PLC) sebagai sistem kawalan utama, mesin mencapai fungsinya dengan berkesan dan memudahkan operasi mesin secara lancar. Gabungan inovatif Sensor Tirai IR dan Relay Pepejal (SSR) berperanan sebagai tirai cahaya keselamatan untuk sebarang isu keselamatan yang mungkin berlaku. Oleh itu, mesin berjaya mencapai matlamatnya untuk meningkatkan pengeluaran produksi pastri.
Published Version
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have