Abstract

Orphan works bermaksud karya yang masih dilindungi oleh hak cipta tetapi pemilik hak ciptanya tidak dapat dikenal pasti, dihubungi atau dijejaki. Pihak-pihak yang berminat perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik hak cipta sebelum mereka boleh menggunakan karya tersebut. Walau bagaimanapun, aspek persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi dalam konteks orphan works sekali gus mendatangkan masalah kepada pengguna seperti individu, syarikat, dan organisasi kebudayaan dan kesenian. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk meneroka cabaran dan halangan untuk menggunakan orphan works di Malaysia. Di samping itu, negara seperti United Kingdom, Kanada dan Kesatuan Eropah telahpun menggunakan beberapa strategi untuk menyelesaikan isu ini. Antaranya termasuklah melalui skim pelesenan dan pengecualian khusus untuk penggunaan karya orphan works. Malaysia masih belum lagi mempunyai sebarang kerangka perundangan dan polisi untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, makalah ini juga bertujuan untuk mengkaji strategi yang digunakan di United Kingdom, Kanada dan Kesatuan Eropah sekali gus memberikan beberapa cadangan yang boleh diguna pakai oleh Parlimen dan pembuat dasar di Malaysia. Diharapkan makalah ini dapat memberikan kesedaran tentang kelompangan undang-undang dalam isu akses kepada orphan workssekali gus membebaskan karya ini untuk digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kegusaran tentang implikasi perundangan

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call