Abstract

Tunggakan nafkah anak berlaku setelah adanya perintah daripada mahkamah. Dalam peruntukan undang-undang, tempoh tunggakan adalah bermula sebulan dari tempoh minimum. Maka pemiutang yang terdiri daripada si ibu akan membuat aduan kepada hakim bagi menuntut semula tunggakan nafkah anak. Dalam hukuman penjara terhadap penghutang atau si bapa, peruntukan undang-undang dimulakan dengan Saman Penghutang Penghakiman terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan Notis Penghakiman sekiranya masih terdapat tunggakan nafkah setelah diperintahkan daripada Saman Penghutang Penghakiman. Persoalan kajian timbul apabila syarak telah menetapkan bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap kes tunggakan nafkah adalah selama tempoh tidak melebihi 30 hari dan perlu diasingkan bagi kesalahan tunggakan nafkah (sivil) dengan kesalahan jenayah. Hal ini adalah untuk memastikan sama ada peruntukan undang-undang di Malaysia menepati syarak ataupun tidak. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pengumpulan data, iaitu daripada kajian kepustakaan dan lapangan. Kaedah temu bual turut digunakan bagi mendapatkan sokongan kajian. Data statistik juga diperoleh untuk menghuraikan pendaftaran kes yang berlaku di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa hukuman penjara yang dikenakan terhadap penghutang adalah menepati syarak apabila Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 memperuntukkan tempoh tidak melebihi 30 hari. Pengasingan hukuman penjara antara kes kesalahan jenayah dengan kesalahan sivil tidak dipraktikkan di Malaysia kerana undang-undang di Malaysia telah menetapkan dalam Akta Penjara tahun 1995 bahawa kedua-dua kesalahan tersebut disekalikan dan tidak diasingkan

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call