Abstract

Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada kesan serta dimensi kesejahteraan sosial terhadap aktiviti berulang-alik setiap hari ke tempat kerja di Pulau Pinang, Malaysia. Oleh kerana taraf hidup yang lebih tinggi di kawasan bandar dengan adanya kemudahan infrastruktur, kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, lebih ramai penjawat awam serta keluarga mereka masih belum bersedia untuk menyesuaikan gaya hidup di kawasan tersebut. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapati kira-kira 60% penjawat awam tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri berdekatan dengan tempat kerja mereka di kawasan bandar. Hanya kawasan di luar bandar menawarkan rumah mampu milik berharga tidak melebihi RM300,000 (USD65,000), manakala sebilangan besar penjawat awam bekerja di kawasan bandar. Status quo ini secara langsung menjadi salah satu faktor untuk mereka memilih terus tinggal di kawasan luar bandar yang jauh dari tempat mereka bekerja. Ini jelas menunjukkan bahawa sebilangan besar penjawat awam khususnya di Pulau Pinang tinggal di luar kawasan tempat mereka bekerja. Seramai 180 orang responden daripada kumpulan ini telah terlibat dalam tinjauan ini telah ditemu bual. Analisis kuantitatif telah dibincangkan dengan sewajarnya berdasarkan objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan sebilangan besar responden mengalami pelbagai kesulitan semasa berulang-alik setiap hari ke tempat kerja. Perjalanan ulang-alik jarak jauh turut menjejaskan kesejahteraan sosial, tekanan kerja dan kesihatan. Usaha untuk mengurangkan permasalah ini demi kelangsungan kehidupan yang lebih baik dalam kalangan mereka adalah amat penting. Peningkatan usaha boleh dilakukan melalui kerjasama dalam pelbagai program, faedah dan kemudahan seperti perlindungan, jaminan keselamatan, serta bantuan sosial.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call