Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang kesedaran mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) dalam kesiapsiagaan memberi bantuan bencana banjir. Hampir setiap tahun Malaysia mengalami bencana banjir tidak mengira tempat atau negeri. Manakala mahasiswa yang bertindak sebagai sukarelawan merupakan elemen yang penting semasa proses bantuan. Amalan semasa dan pada masa depan di dalam mengendali atau menguruskan bencana banjir seharusnya melibatkan penyertaan dari kalangan mahasiswa universiti. Hal ini menjadikan mahasiswa akan terdedah kepada tindakan kesiapsiagaan untuk menghadapi pengurusan bencana banjir di dalam komuniti. Persoalannya, adakah kesedaran dalam kalangan mahasiswa dalam kesiapsiagaan memberi bantuan banjir? Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kesedaran mahasiswa adalah terletak kepada diri masing-masing selain daripada pendedahan dari pihak universiti dalam memberi kesedaran dan kesiapsiagaan untuk memberi bantuan bencana banjir. Penglibatan mahasiswa dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif dalam diri mahasiswa tersebut
Published Version (Free)
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.