Abstract

Penelitian ini dilatarbelakangi kesan ajaran Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah yang terletak di Desa Mengkirau Kecamatan Tasik Putri Puyu, Kabupaten Kepulauan Meranti. Tujuan utama penelitian ini adalah untuk mengetahui bagaimana kesan ajaran tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah di Desa Mengkirau, Kabupaten Kepulauan Meranti Indonesia. Informan penelitian ini berjumlah Sembilan orang, seorang khalifah Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah, dua badal, dan enam jama’ah atau pengikut ajaran Tarekat Qadiriyah waNaqsyabandiyah. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, temu bual, dokumentasi serta analisis dengan menggunakan kaedah deskriptif kualitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kesan ajaran Tarekat Qadiriyah wa Naqsyabandiyah terhadap masyarakat yangmengikuti ajaran tarekat ini. Jama’ah tarekat memandang bahawa ibadah zikir sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Setelah ramai masyarakat yang mengikuti ajaran tarekat ini, maka banyak perubahan yang berlaku di masyarakat Desa Mengkirau yang lebih memahami ketaqwaan kepada Allah Swt. Maka boleh dikatakan bahawa ajaran tarekat ini telah memberi kesan positif kepada ketaqwaan dalam hati jama’ah dan masyarakat Desa Mengkirau dan sekiranya ketaqwaan tersemat di dalam hati maka akan terbentuklah akhlak seseorang muslim sejati.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call