Abstract
Students with learning disabilities are students who have various types of challenges in the learning process such as speech, communication and concentration. These challenges have an impact on their achievement in learning the Quran in school. Due to the limited ability of the students, teachers need to choose teaching strategies that are suitable for students in order for learning to be effectively delivered. The objective of this study is to explore teaching strategies that teachers can use to teach students with disabilities the Quran. The qualitative study uses the document analysis method by examining the Standard Curriculum of Special Education Primary School for students with learning disabilities, the Code of Practice for Special Education for Special Needs Students and the Education (Special Education) Regulations 2013 in Article 8 issued by the relevant Federal Government Gazette with teaching strategies that teachers can use to teach students with learning disabilities. The results of the study found that teachers can use various strategies in teaching the Quran to students with learning disabilities such as student-centred strategies, teacher-centred strategies, material-centred strategies and differentiated teaching strategies. This study suggests that teachers diversify their teaching strategies in teaching Quran for students with learning disabilities. AbstrakMurid masalah pembelajaran merupakan murid yang mempunyai pelbagai bentuk halangan dalam proses pembelajaran seperti pertuturan, komunikasi dan daya tumpuan. Perkara tersebut memberi kesan terhadap pencapaian mereka dalam pembelajaran al-Quran di sekolah. Keupayaan murid masalah pembelajaran yang terhad juga menyebabkan guru perlu memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan murid supaya pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka strategi pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar al-Quran kepada murid masalah pembelajaran. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan meneliti dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas bagi murid masalah pembelajaran, Kod Amalan Pendidikan Khas Murid Berkeperluan Khas dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 di dalam Perkara 8 yang dikeluarkan oleh Warta Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dengan strategi pengajaran yang boleh digunapakai oleh guru bagi mengajar murid masalah pembelajaran. Hasil dapatan kajian mendapati guru boleh menggunakan pelbagai strategi dalam pengajaran al-Quran kepada murid masalah pembelajaran seperti strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan bahan dan strategi pengajaran terbeza. Kajian ini mencadangkan agar guru mempelbagaikan strategi pengajaran untuk mengajar al-Quran kepada murid masalah pembelajaran.
Published Version
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have