Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau usaha-usaha kerajaan untuk memajukan industri tanaman getah di Melaka bagi tahun 1984 hingga 1996. Fokus perbincangan akan melihat sejauh mana dasar pertanian negara yang telah terbentuk pada tahun 1984 sehingga 1996 mampu meningkatkan kapasiti keluasan kawasan tanaman untuk sektor kebun kecil pada tempoh berkenaan sebelum berlaku krisis kewangan Asia setahun kemudian. Untuk tujuan ini, kaedah kajian kualitatif digunakan untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan yang diutarakan dalam penyelidikan ini. Beberapa sumber berwibawa yang membantu sama ada primer dan sekunder seperti Laporan Tahunan, Dokumen Rasmi Kerajaan yang didapati dari Arkib Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka, dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Melaka. Tuntasnya, pengenalan dasar pertanian negara semenjak tahun 1984 lagi secara jelas telah membawa perubahan terhadap sektor penanaman getah yang memberi kesan langsung kepada pertumbuhan sektor pertanian negeri. Beberapa strategi pembangunan komoditi getah yang dijalankan telah dapat meningkatkan produktiviti getah.
Published Version
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have