Abstract
Kebimbangan dengan percambahan restoran makanan luar negara di Malaysia telah memberi kesan kepada pemilihan makanan dalam kalangan pengguna Muslim khususnya golongan Milenial. Oleh itu, untuk menangani isu ini, pengukuhan aspek kefahaman halal, kefahaman tayyiban, elemen kesihatan diri, kualiti makanan dan tabiat pemakanan dipercayai merupakan langkah proaktif dalam mendidik masyarakat Muslim Milenial mengenai pemilihan makanan yang berlandaskan kepada syariat Islam. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis indikator pemilihan makanan halal dan tayyib yang terdiri daripada kefahaman halal, kefahaman tayyiban, kesihatan diri,kualiti makanan dan tabiat pemakanan yang boleh mempengaruhi pengguna Muslim Milenial pada masa kini. Kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan pengumpulan data melalui pengedaran borang soal selidik telah dilakukan kepada 415 pengguna Muslim Milenial di negeri Pulau Pinang. Data yang telah diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 dan SMART-PLS versi 3.2.7. Secara keseluruhannya kajian ini menunjukkan faktor kefahaman tayyiban dan tabiat pemakanan berupaya mempengaruhi sikap pengguna Muslim Milenial terhadap keperluan makanan halalan tayyiban. Justeru sebagai pengguna Muslim adalah sangat berkepentingan untuk memastikan pemilihan makanan harian adalah berlandaskan kepada syariat Islam. Ini bertujuan untuk memastikan pengguna Muslim kini khususnya generasi Milenial menjalani kehidupan yang diberkati dan di redhai Allah SWT.
Published Version (Free)
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have