Abstract

Produk kesihatan semula jadi merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia seperti kosmetik, wangian, makanan, suplemen mahupun ubat-ubatan yang berasaskan produk semula jadi yang dianggap berkesan dan selamat. Trend penggunaan produk kesihatan semula jadi semakin meningkat terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 yang mana pengguna semakin sedar dan prihatin kepentingan suplemen kesihatan agar kehidupan lebih sihat dan sejahtera. Kajian ini merupakan pemerhatian awal gelagat perbelanjaan golongan isi rumah B40 terhadap produk kesihatan semula jadi di kawasan Perumahan Awam Flat Sri Kota, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai enam orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjalani sesi temu bual. Hasil daripada sesi temu bual dianalisis dengan mengeluarkan tema-tema yang menunjukkan faktor yang mempengaruhi pembelian pengguna terhadap produk kesihatan semula jadi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi keputusan perbelanjaan golongan isi rumah B40 iaitu harga barang itu sendiri, pendapatan, harga barang lain, cita rasa, fesyen atau trend masa kini, maklumat barangan dan peraturan atau undang-undang kerajaan. Hasil daripada pemerhatian awal ini dapat dijadikan sebagai panduan dan asas kepada penyelidikan yang berkaitan. Kata Kunci : Gelagat perbelanjaan ; Faktor penentu perbelanjaan penggunaan ; Produk kesihatan semula jadi

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call