Abstract

Sesebuah karya epik menampilkan wacana yang menggugah dalam memerihalkan sebuah kehidupan, malah kesatriaan watak-watak yang terkandung di dalamnya mempesonakan. Watak-watak ini diperlihatkan dengan keunggulan dari segi perwatakan yang ideal sehingga diangkat sebagai suri teladan dalam kalangan masyarakat. Hikayat Hang Tuah merupakan salah sebuah karya epik yang begitu kaya dengan nilai-nilai sosial, kemanusian, kebudayaan dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, naskhah Hikayat Hang Tuah menampilkan watak Puteri Gunung Ledang dari perspektif yang berbeza seperti yang sering diperihalkan kepada masyarkat atau berbanding yang tersurat dalam naskhah Sejarah Melayu. Perihal ini menjadi pemangkin dalam penelitian ini bagi mengenal pasti citra Puteri Gunung Ledang yang diterjemahkan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah. Penelitian ini menyusuri naskhah Hikayat Hang Tuah bagi mengenal pasti watak serta perwatakan yang disandarkan pada watak Puteri Gunung Ledang dalam naskhah Hikayat Hang Tuah, lalu dihuraikan secara terperinci. Jelasnya, Puteri Gunung Ledang ditampilkan berbeza dari segi peranan serta kisah-kisah yang diceritakan dalam naskhah Hikayat Hang Tuah. Kata Kunci: Puteri Gunung Ledang; Hikayat Hang Tuah; Sastera epik; Sastera sejarah; Epik Melayu

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.