Abstract

Isu dan peluang ekuiti dalam pembangunan amat lemah di Siberut Selatan. Kawasan komuniti terpencil penduduk asal seperti di Matotonan, Siberut Selatan misalnya, seolah-olah bukan berada di wilayah Indonesia. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya kemunduran. Dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, politik dan infrastruktur, kampung ini nampaknya jauh ketinggalan berbanding kampung-kampung lain di Sumatera Barat. Pendekatan yang digunakan dalam kertas kerja ini ialah pendekatan kualitatif. Untuk mendapatkan data, kaedah dokumentari dan etnografi telah digunakan. Temu bual yang mendalam juga telah dijalankan dengan pelbagai tokoh seperti sikerei, tokoh agama, tokoh politik dan belia. Antara isu utama ialah mengenai kesan positif dan negatif terhadap hubungan keheterogenan penduduk asal dan pendatang di Siberut Selatan. Apakah yang menyebabkan puncak konflik? Keheterogenan atau kepelbagaian merupakan kemuncak konflik yang berpanjangan disebabkan oleh faktor ekonomi, sosial, politik dan agama di Siberut Selatan. Ketidaksamaan sosio-ekonomi wujud antara penduduk asal dengan etnik pendatang sehingga menyebabkan penduduk asal berada dalam kedudukan terpinggir. Selain itu, dalam kalangan etnik pendatang terdapat potensi konflik besar iaitu isu politik dan agama. Isu ketidaksamaan sosial dan ekonomi kemudiannya dipolitikkan dalam masyarakat, terutamanya semasa pilihanraya. Isu ini semakin meruncing sehingga menyebabkan perpecahan. Dapat disimpulkan bahawa nasionalisme penduduk asal yang terpinggir ini sebenarnya sangat rapuh. Mereka sering menjadi sasaran penguasa, ahli politik dan ahli perniagaan. Mereka diletakkan dalam kedudukan marginal supaya tidak merasai dan menikmati kemerdekaan itu sendiri. Mereka berada dalam kelompok terpinggir, sehingga nasionalisme mereka tidak lebih daripada khayalan.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call