Abstract

Fokus artikel ini adalah untuk menghuraikan hubungan dan jaringan wartawan serta penerbitan dan percetakan di Semenanjung Tanah Melayu/Negeri-negeri Selat dengan Sumatera sebelum kemerdekaan Indonesia. Hubungan itu dilihat menerusi penglibatan masyarakat Sumatera dalam liputan dan isu aktiviti percetakan dan penerbitan di Semenanjung Tanah Melayu. Pada zaman penjajahan Belanda dan British, syarikat majalah dan surat khabar di Sumatera telah membuka agensi mereka di Semenanjung Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan perspektif sejarah dengan merujuk kepada akhbar dan majalah semasa. Analisis yang digunakan ialah analisis sejarah dan naratif. Pengaruh aktiviti penerbitan di Semenanjung Tanah Melayu dapat dilihat dalam laporan wartawan Sumatera. Selain itu, isu-isu gerakan nasional Indonesia yang disiarkan di akhbar dan majalah turut mempengaruhi kemelut dan kesedaran nasionalisme di Semenanjung Tanah Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.