Abstract

Keseluruhan bahagian bumi yang didiami hamba Allah SWT ini telah tersentuh oleh kesan pencemaran dan aktiviti manusia. Semakin meningkat populasi manusia dan peningkatan penggunaan per kapita, memberi kekangan besar terhadap sumber semula jadi. Peningkatan kawasan urbanisasi, perindustrian baharu dan amalan pertanian moden mampu mencemarkan sumber air, udara dan tanah. Sumber semula jadi tidak hanya dieksploitasi berlebihan, tetapi dicemari bahan kimia beracun sehingga dikhuatiri menyukarkan kelangsungan hidup generasi akan datang. Jika menelusuri perspektif Islam, salah satu bukti bahawa Islam sangat memperhatikan alam sekitar adalah perintah Rasulullah SAW untuk menyingkirkan gangguan daripada jalan yang diiktiraf sebagai salah satu cabang keimanan. Begitu juga dengan perintah Baginda SAW untuk menanam pokok walaupun esok akan berlaku kiamat. Oleh itu, artikel ini mengulas tentang pandangan semesta (worldview) Rasulullah SAW menerusi hadis berkaitan galakan Baginda SAW untuk menjaga kelestarian alam. Berdasarkan kaedah literatur dan analisis kandungan, dapatan perbincangan melalui perbahasan hadis-hadis terpilih berkaitan penjagaan alam sekitar mendapati terdapat pelbagai hadis yang menekankan konsep melestarikan alam. Bahkan Rasulullah SAW turut memotivasikan umatnya untuk menanam pokok bunga untuk mengubah ekosistem menjadi lebih baik, mengelak daripada rawan banjir dan meningkatkan sumber dan kualiti air akibat pencemaran sungai.
 

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call