Abstract

Rantaian salasilah sanad ilmu-ilmu Islam masih lagi kekal terpelihara secara dokumentasi dalam karya yang dikenali sebagai al-thabat atau juga disebut karya sanad. Karya ini dikarang oleh ilmuwan Islam yang berstatus al-musnid. Tujuan utama karya thabat dihasilkan adalah untuk mengekalkan kesinambungan sanad keilmuan Islam sepanjang zaman serta terpelihara daripada lenyap ditelan zaman. Lantaran itu dunia Islam memiliki ensiklopedia sanad ilmu yang merekodkan ribuan al-musnid dan karya al-thabat sepanjang 15 kurun berjudul Mu‘jam al-Ma‘ajim wa al-Mashyakhat wa al-Faharis wa al-Baramij wa al-Athbat. Karya susunan al-Mar‘ashli ini turut menyenaraikan 27 orang tokoh musnid wanita beserta 31 buah karya thabat mereka. Namun pengenalan tentang mereka hampir tidak pernah didedahkan. Sedangkan pada masa yang sama penglibatan wanita dalam arena ini perlu diketahui supaya ia menjadi sumber inspirasi kepada komuniti ilmuwan wanita semasa agar turut aktif menyambung legasi keilmuan ini pada masa kini. Justeru kajian bertujuan untuk memperkenalkan latar belakang tokoh wanita beserta karya thabat mereka sebagaimana yang terkandung dalam ensiklopedia sanad ini. Data dikumpul berlandaskan metode analisis kandungan serta analisis data dilakukan secara deskriptif. Dapatan menunjukkan terdapat lima kurun sahaja iaitu kurun ke tujuh, lapan, sembilan, 14 dan 15H yang menyenaraikan musnid wanita dalam ensiklopedia ini. Dapatan memperincikan profil tokoh beserta karya tersebut. Perbincangan membabitkan empat spesifikasi penemuan iaitu umur panjang, negara penyumbang, kategori penyusun karya dan faktor penglibatan. Implikasi daripada kajian menunjukkan komitmen umat Islam dalam menguasai kesarjanaan ilmu adalah tidak mengenal jantina. Malahan lelaki dan wanita bergandingan dalam usaha membina kepakaran ilmu Islam termasuk ilmu periwayatan sanad berasaskan metode al-sama‘ dan al-ijaza yang kemudiannya didokumentasikan secara sistematik dalam karya kategori thabat.
 

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call