Abstract

Amalan Penggunaan Media Digital Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Orang Asli Aini Salwati Binti Mohd Yusof, Shahlan Surat Abstrak Penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 ini memainkan peranan yang penting sejajar dengan perkembangan semasa teknologi dunia. Walaubagaimanapun, tahap pengetahuan murid-murid Orang Asli mengenai penggunaan teknologi ICT amat rendah. Justeru, peranan guru di sekolah Orang Asli menjadi pemangkin utama kepada perubahan ini. Kajian ini bertujuan melihat amalan penggunaan media digital guru-guru di sekolah Orang Asli. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif melalui kaedah pengedaran borang soal selidik. Seramai 110 orang guru yang mengajar di sekolah Orang Asli dijadikan sebagai responden kajian. Tiga objektif utama dijadikan sebagai panduan kajian. Data kajian ini dianalisis menggunakan SPSS versi 24.0 secara deskriptif dalam bentuk peratusan dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan pengetahuan guru terhadap media digital dan amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru Orang Asli berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya amalan penggunaan media digital dalam kalangan guru-guru di sekolah Orang Asli adalah berada di tahap tinggi. Kajian ini turut mencadangkan penyelidikan di masa hadapan diperluaskan kepada minat murid-murid Orang Asli terhadap media digital yang merangkumi kajian perbandingan mengikut lokaliti serta tahap literasi murid-murid. Full Text: PDF DOI: 10.15640/jehd.v10n1a16

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.