Potensi bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan merupakan suatu kajian yang digarap berdasarkan bukti petempatan manusia yang telah bermula sejak 2500-2400 tahun yang lampau di lokasi kajian. Kajian memberi tumpuan utama terhadap tinggalan bangunan dan kawasan bersejarah yang berpotensi untuk diangkat sebagai aset pelaburan dan peningkatan sosioekonomi masyarakat tempatan berdasarkan kepada agenda pembangunan pelancongan. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dan mengemukakan cadangan bagi memelihara warisan sejarah lokal. Analisis kuantitatif digunakan terhadap 100 orang penduduk tempatan menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil kajian mendapati gaya senibina bangunan warisan yang masih dikekalkan ialah seperti senibina nusantara, tradisional Melayu, selatan China, pengaruh Moghul, neo-klasikal, tudor, art-deco dan palladian ( Sino-Malay ). Kajian turut membuktikan bahawa penduduk tempatan di Kuala Lipis menerima dan bersedia untuk turut serta dalam aktiviti pelancongan warisan. Walau bagaimanapun, kekurangan kemudahan awam, kemudahan pengangkutan dan kelemahan dalam sistem kemudahsampaian telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Peningkatan aksesibiliti kemudahan awam yang sedia ada di bandar Kuala Lipis serta menjalankan promosi dilihat berupaya menarik lebih ramai kunjungan pelancong. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan agar dapat mempertingkatkan mutu bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan sekaligus menonjolkannya sebagai antara destinasi pelancongan warisan yang utama di Malaysia. Kata kunc i: bandar Kuala Lipis, komuniti tempatan, pelancongan warisan, persepsi, potensi, warisan The potential of Kuala Lipis as a heritage tourism destination is based on the fact that humans have settled here since 2500-2400 years ago. This study focused on the remains of historical buildings and areas that have the potential to be designated as investment assets and to uplift the local socio-economy based on the tourism development agenda. The main objective of this study is to identify the potential locations for heritage tourism products and to propose recommendations for preserving the local heritage. Questionnaires were conducted on 100 local respondents and the finding is subjected to quantitative analysis. The results showed that the type of architectural heritage buildings is still preserved such as traditional Malay, South China, Moghul, neo-classical, Tudor, art-deco and Palladian (Sino-Malay). The study also proved that the locals in Kuala Lipis welcome and are willing to participate in heritage tourism activities. However, the lack of public facilities, transportation facilities and weaknesses in the accessibility system has caused dissatisfaction among locals. The enhancement of accessibility of existing public facilities in the city of Kuala Lipis as well as an increased promotion are seen as essential steps to attract more tourists. Therefore, appropriate attention should be given to improving the quality of Kuala Lipis city as a tourist destination as well as to introduce Kuala Lipis as one of the main heritage tourism destinations in Malaysia. Keywords : Kuala Lipis city, community local, heritage tourism, perception, potential, heritage https://doi.org/10.17576/geo-2018-1401-08