Abstrak Denggi merupakan masalah wabak utama di Malaysia. Peningkatan kes denggi berlaku secara drastik pada tahun 2014 hingga 2016. Kajian lepas telah mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kes denggi iaitu faktor persekitaran, cuaca iaitu suhu, taburan hujan dan kelembapan, faktor guna tanah serta sosiodemografi masyarakat di Malaysia. Faktor-faktor ini boleh dikaitkan dengan lokasi kes denggi melalui teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Teknologi GIS telah digunakan dalam sektor kesihatan bagi pemetaan lokasi denggi dan meramal kawasan yang berisiko terjadinya kes denggi. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kawasan berisiko tinggi kes denggi, melihat hubungan kawasan berisiko tinggi dengan jenis kediaman dan hubungan antara kawasan berisiko tinggi kes denggi dengan populasi penduduk setempat. Kajian memberi tumpuan kepada 56 kawasan berisiko tinggi denggi bagi minggu ke-19 dan ke-22 tahun 2016. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pembangunan aplikasi GIS-DENGGI secara localhost yang menghubungkan Google Street View widget, data lokasi denggi, populasi penduduk dan sempadan mukim, daerah dan negeri dalam format map service. Hasil analisis mendapati mukim Pelentong dan Serendah mencatatkan kes tertinggi demam denggi berpanjangan, di mana kediaman jenis teres merupakan kawasan berisiko tinggi dan 45 peratus kawasan berisiko tinggi denggi berlaku di kawasan dengan jumlah penduduk di antara 0-100,000 orang. Kajian ini merupakan kajian awal yang dilakukan dalam tempoh masa singkat dengan menggunakan sampel yang kecil. Walau bagaimanapun, impak kajian dan pembangunan aplikasi ini membolehkan proses pengenalpasian lokasi kes denggi dan faktor yang terlibat dapat dilakukan dengan mudah. Ianya diharap dapat membantu sektor kesihatan awam dalam merangka strategi pencegahan denggi masa masa akan datang. Dicadangkan kajian lanjut dapat dilakukan menggunakan sampel data yang lebih besar dan lengkap bagi mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kes denggi dengan lebih komprehensif. Kata kunci : denggi, GIS, kawasan berisiko tinggi, penilaian kes denggi, Semenanjung Malaysia, Sistem Maklumat Geografi Abstract Dengue outbreak is a major problem in Malaysia. Dengue cases have increased dramatically from 2014 to 2015. Previous studies have identified the factors that contribute to the increase of dengue cases such as environmental, weather (i.e. temperature, rainfall and humidity), land use and the sociodemographic factors of Malaysia society. All the contributing factors can be related to the location of dengue cases using Geographic Information System (GIS). GIS technology has been used in the health sector for mapping the location of dengue and forecasting the risk area of dengue cases. The objectives of this study are to identify high-risk areas of dengue cases, shows the relationship between high risk areas and types of residential dwelling and to show the relationship between high risk areas of dengue cases and the number of local population. This study focuses on 56 dengues high-risk areas for the 19th and 22nd week of 2016. The GIS-DENGGI application is developed and hosted as localhost with links to the Google Street View widget, dengue location data, population data, and sub-district, district and state boundaries in map service format. The result of this study found that sub-district of Pelentong and Serendah were plagued by prolonged dengue cases, where terrace residential houses registered the highest number of hotspot locations and 45 percent of dengue hotspot occurred in the area with population 0-100,000 person. This is a preminary study conducted with small study samples within a short period. However, impact of this study and development of the GIS-DENGGI application enables the identifying the location of dengue cases and related factor easily. It is hope that the public health sector could benefit and use the application in designing dengue prevention strategies. A more comprehensive study should be done using larger and complete data sample to identify factor that affect dengue cases. Keywords : dengue, GIS, high risk area, dengue assessment, Peninsular Malaysia, Geographic Information System https://doi.org/10.17576/geo-2018-1402-04