Abstract

Kritik hadis merupakan antara disiplin penting dalam menilai kesahihan sesuatu hadis. Medan kritik hadis boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kritik sanad dan matan hadis. Terdapat sebahagian orientalis menjelaskan bahawa para sarjana hadis hanya memberi fokus kepada kritik sanad sahaja dan mengabaikan kritik matan hadis. Justeru terdapat kelompongan dalam penilaian mereka. Dakwaan ini adalah satu kesilapan, bahkan telah dibuktikan dengan praktikal al-Daraqutni sendiri melalui kitab al-‘Ilal al Waridah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan data sepenuhnya dikumpulkan berdasarkan kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam metodologi kritik matan hadis yang telah dipraktikkan oleh al-Daraqutni dalam kitab al-‘Ilal al-Waridah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah. Dapatan ini juga secara tidak langsung menyangkal dakwaan sebahagian orientalis yang menyatakan terdapat kelompongan dalam wacana kritik hadis sarjana hadis. Dapatan ini juga sekaligus menonjolkan ketokohan al-Daraqutni dalam bidang hadis dan kedudukan kitabnya iaitu al-‘Ilal al-Waridah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call