Abstract

Kajian ini adalah merupakan suatu usaha penelitian aktiviti terjemahan yang dilakukan daripada bahasa Arab sebagai bahasa sumber kepada bahasa Melayu sebagai bahasa sasaran bagi kitab Hikam ‘Ibn ‘Aṭāillāh yang mengandungi penterjemahan istilah-istilah yang mempunyai makna Majāzī. Permasalahan sering dihadapi oleh penterjemah semasa melakukan penterjemahan apabila berhadapan dengan perkataan, ayat atau pun frasa-frasa yang mengandungi makna Majāzī bahasa sumber. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada teknik penterjemahan Majāzī terminologi sufi bahasa Arab sebagai bahasa sumber ke dalam bahasa Melayu yang terdapat dalam kitab Terjemahan al-Ḥikam Pendekatan Pengabdian pada Khaliq (TAHPPPK). Objektif utama kajian adalah untuk mengenal pasti kewujudan terjemahan istilah sufi yang mengandungi makna Majāzī dalam terminologi sufi di dalam kitab TAHPPPK di samping menghuraikan teknik atau pendekatan penterjemahan terhadap istilah sufi. Justeru, data kajian diambil daripada kitab TAHPPPK yang disepadankan dengan terjemahan yang terdapat di dalam kitab SHTPM dengan mengguna pakai teknik penterjemahan Mildred L. Larson dalam korpus kajian. . Kajian ini menunjukkan dapatan bahawa, istilah sufi yang terdapat dalam korpus kajian diteliti dan dinilai dengan menggunapakai teknik penterjemahan Mildred L. Larson dan hasil dapatan menunjukkan bahawa korpus kajian hanya mengguna pakai empat teknik sahaja daripada lima teknik penterjemahan Mildred L. Larson dengan teknik ‘menterjemah tanpa mengekalkan imej atau unsur-unsur bahasa Majāzī bahasa sumber’ menunjukkan kekerapan penggunaan yang paling tinggi. Manakala daripada aspek ketepatan padanan terjemahan bagi terminologi sufi mendapati hanya terdapat dua sampel terjemahan korpus kajian sahaja yang tidak menepati padanan berdasarkan konteks ayat yang terdapat dalam kitab SHTPM daripada jumlah keseluruhan 111 sampel kajian.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.