Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres serta mengkaji pengaruh faktor hubungan sesama rakan sekerja, bebanan kerja, kekangan masa dan karenah pelajar terhadap tahap stres dalam kalangan guru di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperoleh daripada soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Soal selidik yang digunakan berdasarkan soal selidik pengubahsuaian daripada soal selidik kajian oleh Fazura Mohd Noor (2011) yang turut diubahsuai daripada beberapa soal selidik kajian-kajian terdahulu oleh Kim (2006), Ling (2008), Wan Mohamad Nasir (2002), Sevakame (2003) dan Chang (2007). Soal selidik yang dibina mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Demografi Responden), Bahagian B (Tahap Stres Guru) dan Bahagian C (Faktor Stres Guru). Darjah kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi instrumen yang digunakan ialah 0.968. Berdasarkan jadual penentuan sampel oleh Krejcie and Morgan (1970) iaitu seramai 44 orang guru dipilih secara rawak sebagai responden bagi kajian ini. Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan analisis regresi berganda dan pekali Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan guru di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru secara keseluruhannya adalah pada tahap yang rendah dengan min = 2.30 dan sisihan piawai = 0.706. Faktor hubungan sesama rakan sekerja, bebanan kerja, kekangan masa dan karenah pelajar meramal secara signifkan terhadap stres guru dalam kalangan guru di SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru, Johor, R2 = 0.532, F(4, 36) = 10.237, p < 0.05. Faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap stres dalam kalangan guru SJK(T) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru adalah hubungan sesama rakan sekerja, Beta = 0.348, p < 0.05.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
More From: Journal of Research, Innovation, and Strategies for Education (RISE)
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.