Abstract

Masyarakat Orang Asli adalah kelompok yang terpinggir dan menghadapi kemiskinan, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global. Di Malaysia, masyarakat Orang Asli secara umumnya hidup di bawah garis kemiskinan dan tergolong dalam kumpulan bawah 40 peratus (B40). Sejak negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membangunkan masyarakat Orang Asli untuk mengeluarkan masyarakat ini daripada kepompong kemiskinan mereka agar dapat bersaing dengan kaum lain. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan status sosioekonomi masyarakat Orang Asli di Pos A dan Pos B, Gua Musang, Kelantan serta faktor-faktor yang menyebabkan keadaan sosioekonomi mereka. Kajian ini dilaksanakan dengan pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah banci dan borang soal selidik, dan disokong dengan pendekatan kualitatif melalui kaedah temu bual. Seramai 234 orang responden dan enam orang informan utama telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Orang Asli di Pos A dan Pos B berada dalam golongan B1 B40 dan majoriti mereka berada masih di tahap miskin dan miskin tegar. Status sosioekonomi ini di sumbang oleh faktor pekerjaan yang tidak stabil dan terhad, tahap pendidikan yang rendah serta faktor usia dan kesihatan. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberikan sokongan kepada pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh dan memperkasakan masyarakat Orang Asli.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.