Abstract

Setiap bangsa di dunia memiliki cerita haiwan tersendiri yang diwarisi sejak zaman sastera lisan. Cerita haiwan terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu cerita asal usul kejadian haiwan, cerita didikan dan pengajaran, mitos haiwan serta haiwan sebagai satira atau kiasan. Misalnya, cerita haiwan sebagai satira atau kiasan dihasilkan dengan tujuan untuk mengkritik kelemahan individu atau sesuatu pihak supaya diperbaiki. Namun begitu, kajian lepas yang membandingkan cerita haiwan sebagai satira antara Malaysia dengan Amerika Syarikat didapati kurang dilakukan. Hal ini merupakan satu kelompangan yang perlu diisi memandangkan kajian terhadapnya mampu memperkenalkan watak haiwan dari kedua-dua buah negara selain menyerlahkan keunikan cerita masing-masing yang berbeza bahasa, latar belakang budaya dan tempat. Tulisan ini membincangkan novel Nabatah dari Malaysia dan Hollow Kingdom dari Amerika Syarikat. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis isu kepincangan sosial yang disampaikan dengan menggunakan watak haiwan dalam teks kajian. Penilaian dilakukan dengan memanfaatkan konsep satira. Dapatan kajian menunjukkan isu kepincangan sosial yang disampaikan oleh para pengarang mencerminkan realiti kebobrokan masyarakat di kedua-dua buah negara untuk diatasi. Penemuan ini membuktikan bahawa satira haiwan mampu menjadi alat kritikan masyarakat yang berkesan secara tidak langsung

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call