Abstract

Pengarang karya agung Melayu telah mengungkapkan pelbagai gaya dan bentuk diplomasi yang luar biasa serta menyampaikan pemikiran yang jelas mengenai nilai, kepercayaan dan falsafah hidup masyarakat pada zaman tersebut. Sulalatus Salatin mencatatkan kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan diakui sebagai salah sebuah karya agung yang penting. Sulalatus Salatin merakamkan banyak unsur diplomasi dalam diri orang Melayu terkenal dengan sifat-sifat seperti ini. Namun begitu, pada zaman kini, segelintir ahli politik dilihat begitu naif dalam mengamalkan rundingan serta diplomasi dalam siasah atau budaya politik yang bertamadun. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan menganalisis teknik-teknik diplomasi dalam teks Sulalatus Salatin: Sejarah Melayu yang dapat memupuk sifat kepimpinan diplomatik dalam diri masyarakat masa kini. Kajian bersifat kualitatif dengan kaedah analisis teks ini menemukan teknik diplomasi penghantaran utusan diplomatik dan teknik bingkisan hadiah yang dapat menyerlahkan ciri kepimpinan kepada masyarakat sebagai bakal pemimpin yang boleh mengatasi sesuatu konflik berdasarkan keadaan yang tertentu. Hasil analisis kajian ini boleh diterapkan dalam golongan masyarakat, terutamanya golongan belia bagi membentuk pelapis kepimpinan diplomatik bagi menjamin kestabilan dan keharmonian negara.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call