Abstract

Komuniti Cina Muslim mengalami konflik hubungan yang diandaikan menjejaskan penyertaan sosial dalam modal sosial ikatan dan rapatan mereka. Modal sosial ikatan merujuk kepada hubungan Cina Muslim dengan komuniti asal yang tidak beragama Islam dan modal sosial rapatan merujuk kepada hubungan dengan komuniti komuniti Melayu. Berdasarkan realiti tersebut kajian ini bermatlamat untuk mengenal pasti penyertaan sosial Cina Muslim sama ada berlaku inklusiviti atau eksklusiviti dalam modal sosial ikatan dan modal sosial rapatan mereka. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah gabungan penjelasan berikutan (sequential explanatory mixed method design) dengan menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif untuk menjawab objektif kajian. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan mudah dan bola salji di mana seramai 75 orang dalam kajian kuantitatif dan lima orang dalam kajian kualitatif. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan temu bual semi berstruktur. Hasil kajian menunjukkan penyertaan sosial responden dalam modal sosial ikatan menunjukkan penyertaan responden adalah inklusif di mana modal sosial ikatan dan rapatan mereka dapat menerima dan menggalakkan responden menyertai dalam sebarang aktiviti sosial. Kajian ini menunjukkan terdapat ruang dan peluang komuniti Cina Muslim untuk meningkatkan modal sosial mereka walaupun pada asasnya berlaku konflik pertukaran agama yang memberi kesan kepada modal sosial mereka.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.