Abstract

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk memproduktifkan aset wakaf. Hal ini termasuk aktiviti seperti, menyewakan aset wakaf kepada pihak yang berkepentingan dan melakukan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang seperti bidang pertanian dan penternakan. Sekiranya kesemua kaedah tersebut tidak sesuai dipraktikkan, nazir hendaklah mencari alternatif lain agar tanah tersebut dapat diproduktifk an. Pemegang amanah wakaf juga seharusnya peka terhadap potensi sesebuah tanah wakaf yang berada di bawah jagaannya agar dapat dioptimunkan penggunaannya. Oleh itu, pelaburan hartanah merupakan salah satu alternatif yang boleh dilakukan untuk tujuan membangunkan tanah wakaf. Pelaburan hartanah terhadap harta wakaf dapat dibuat dengan cara pembinaan bangunan secara komersil seperti pasar raya, tempat penginapan (hotel) dan juga taman perumahan. Dengan ini penciptaan aset wakaf baru akan terhasil setelah tanah wakaf tersebut dibangunkan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pembangunan secara komersil yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap salah sebuah tanah wakaf (waqaf Seetee Aishah) yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Dengan kepakaran pengurusan yang ada dipihak MAINPP serta kerjasama daripada UDA Holdings Berhad, tanah wakaf Seetee Aishah telah berjaya diproduktifkan dengan pembinaan sebuah taman perumahan yang dikenali sebagai taman perumahan wakaf Seetee Aishah. Kata kunci: Pembangunan harta wakaf, Majlis Agam a Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf.

Highlights

  • This study employs two types of methods – library research and field research

  • This study finds that the development of waqf properties at Pulau Pinang was carried out by the collaboration between Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) with the developer (UDA Holdings Bhd.)

  • This study proves that joint venture between MAINPP and UDA Holdings Bhd. in developing the waqf land could increase the value of existing waqf properties

Read more

Summary

Universiti Malaya

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan untuk memproduktifkan aset wakaf. Sekiranya kesemua kaedah tersebut tidak sesuai dipraktikkan, nazir hendaklah mencari alternatif lain agar tanah tersebut dapat diproduktifkan. Pemegang amanah wakaf juga seharusnya peka terhadap potensi sesebuah tanah wakaf yang berada di bawah jagaannya agar dapat dioptimunkan penggunaannya. Pelaburan hartanah merupakan salah satu alternatif yang boleh dilakukan untuk tujuan membangunkan tanah wakaf. Pelaburan hartanah terhadap harta wakaf dapat dibuat dengan cara pembinaan bangunan secara komersil seperti pasar raya, tempat penginapan (hotel) dan juga taman perumahan. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji kaedah pembangunan secara komersil yang telah dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) terhadap salah sebuah tanah wakaf (waqaf Seetee Aishah) yang terletak di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kata kunci: Pembangunan harta wakaf, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), pelaburan harta wakaf

Pengertian Harta Wakaf
Rukun Wakaf dalam Perundangan Islam
Bilangan dalam Lot
SumberȱPembiayaanȱdariȱ TabungȱKewanganȱWakafȱ
Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call