Abstract

Minuman sukan mengandungi air, karbohidrat, dan elektrolit yang dirumus khas untuk atlet atau individu yang memerlukan. Walau bagaimanapun, majoriti jurulatih dari bahagian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan menyatakan kekangan bajet untuk mendapatkan minuman sukan komersial pada skala besar bagi memenuhi keperluan atlet mereka. Oleh itu, satu kajian eksperimental dijalankan untuk menghasilkan minuman sukan isotonik kos rendah (Rose Lemonade) jenis gula putih dan jenis gula perang, dan menilai penerimaannya dalam kalangan pelajar universiti melalui penilaian sensori. Kajian ini melibatkan 50 orang panel iaitu 25 orang pelajar UKM (bukan atlet) dan 25 pelajar UM (atlet). Analisis Kruskal Wallis menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi nilai purata untuk kelima-lima atribut antara dua jenis minuman sukan isotonik berperisa Rose Lemonade dalam kalangan pelajar universiti. Penerimaan keseluruhan Rose Lemonade gula perang mempunyai skor purata sebanyak 3.52 ± 0.97 berbanding jenis gula putih iaitu 3.50 ± 1.07. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua formulasi minuman sukan isotonik berperisa Rose Lemonade jenis gula putih dan gula perang boleh diterima oleh panel penilai ujirasa. Penemuan kajian ini memberikan maklumat resipi minuman sukan yang murah dan mudah. Cadangan untuk kajian akan datang adalah melakukan ujian keberkesanan dari segi pembekalan tenaga dan penggantian elektrolit dan jangka hayat minuman sukan ini serta menghasilkan pelbagai perisa bagi memenuhi pengambilan minuman sukan terhadap individu.

Full Text
Paper version not known

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.