Abstract

Ilmu qiraat adalah satu ilmu yang bukan hanya berperanan pada aspek bacaan al-Quran tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam pentafsiran ayat al-Quran sehingga ulama tafsir meletakkan ia sebagai salah satu syarat dalam pentafsiran al-Quran. Ini menjadi satu perkara yang amat signifikan untuk dikatakan bahawa para penyampai kuliah tafsir di masjid-masjid atau tempat awam juga perlu menerapkan ilmu qiraat dalam syarahan mereka. Namun, kajian lepas telah mencatatkan bahawa ramai dalam kalangan ilmuwan Islam di Malaysia masih menganggap bahawa ilmu qiraat tiada kaitannya dengan kefahaman al-Quran. Hal ini menjadi satu petanda bahawa penerapan ilmu tersebut tidak diambil berat oleh para pengkuliah tafsir di Malaysia. Kajian ini bertujuan mewujudkan landasan teori bagi kajian penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Ia dijayakan dengan mengumpulkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan penerapan ilmu qiraat dalam pentafsiran al-Quran di negeri tersebut. Kajian-kajian lepas tersebut dianalisis bagi melihat sejauh mana aspek penerapan ilmu qiraat telah diambil perhatian oleh para pengkaji. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan penganalisaan data berasaskan konsep analisis literatur. Data dan informasi diperoleh daripada sumber-sumber seperti artikel jurnal, buku, dan makalah persidangan yang relevan dengan topik penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Daripada analisis literatur yang dilakukan, didapati masih belum ada kajian yang ditumpukan kepada aspek penerapan ilmu qiraat dalam kuliah tafsir di negeri Kelantan. Aspek-aspek yang disentuh oleh kajian lepas hanya melibatkan ilmu qiraat secara sebelah pihak sahaja tanpa menghubungkannya dengan tafsir al-Quran. Kajian ini menyimpulkan bahawa aspek hubungan Ilmu qiraat dengan tafsir perlu diberikan perhatian oleh para pengkaji dan penulis kerana kepentingannya diperakui oleh ulama tafsir sendiri. Di samping itu, kajian ini menegaskan keperluan diadakan satu kajian yang menentukan tahap pengetahuan hubungan dua ilmu tersebut dalam kalangan para pengkuliah tafsir justeru menilai sejauh mana pengaplikasiannya. Kata Kunci: Ilmu qiraat, Penerapan, Kuliah, Tafsir, Kelantan.

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call

Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.