Abstract

COVID-19 telah memberi impak yang kuat kepada institusi pendidikan di seluruh dunia. Memandangkan kadar jangkitan sangat membimbangkan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 2020 dan seterusnya, dilanjutkan sehingga tahun 2021. Bagi mematuhi norma baharu, pelajar diarahkan untuk menghadiri kelas secara maya dari rumah. Namun demikian, guru-guru perlu mengekalkan masa pengajaran dan mematuhi objektif kursus pada prestasi tinggi melalui pembelajaran jarak jauh. Sebagai respons kepada iklim pembelajaran yang mencabar ini, pensyarah di Institut pendidikan Guru telah mempraktik pembelajaran digital dengan menggunakan Jamboard dengan Google meet untuk disepadukan dengan pendekatan kolaboratif gallery walk. Satu kajian kes telah dijalankan untuk meneroka pengalaman 12 orang guru pelatih dalam kursus sejarah, Malaysia Dan Hubungan Antarabangsa di Utara Malaysia setelah selesai kursus. Data telah dikumpul daripada temu bual dan perbincangan kumpulan serta pemerhatian berfokus. Seterusnya, analisis data dijalankan secara manual menggunakan kaedah pengekodan terbuka dan tematik. Dapatan kajian menemukan tiga tema iaitu 1) Pemampatan kandungan kursus 2) Kompetensi pelajar 3) Kompetensi pensyarah. Kajian ini mencadangkan keperluan warga pendidik untuk beralih kepada pembelajaran digital kerana dapatan menyokong mod pedagogi baharu ini selari dengan matlamat pembelajaran bermakna untuk memacu pembelajaran sepanjang hayat. Seterusnya, membangunkan warga yang berdaya saing dengan atribut abad ke-21 dan Revolusi Perindustrian Keempat.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call