Abstract
Tujuan – Berdasarkan model kognitif sosial, kajian ini mengkaji kesan langsung dan tidak langsung terhadap efikasi guru secara kolektif. Secara khusus, kajian ini menilai peranan kesejahteraan hidup, keserakanan, kesejahteraan di tempat kerja dalam menerangkan efikasi guru secara kolektif. Metodologi – Seramai 836 sampel guru dipilih secara rawak dari dua belas buah MRSM Zon Timur di Malaysia. Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang mengandungi 85 item. Data ini telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan Analisis Persamaan Berstruktur. Dapatan – Dapatan kajian ini menunjukkan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja adalah secara signifikan mempengaruhi efikasi guru secara kolektif. Berdasarkan kepada penilaian keseluruhan model, didapati bahawa kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis persamaan berstruktur menunjukkan bahawa kesejahteraan di tempat kerja adalah pengantara separa hubungan kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru dan efikasi guru secara kolektif. Berbanding kesejahteraan hidup, keserakanan guru memperlihatkan kesan yang lebih kuat terhadap efikasi guru secara kolektif. Signifikan – Kajian ini memperkenalkan model yang menunjukkan kepentingan kesejahteraan hidup, keserakanan dan kesejahteraan di tempat kerja sebagai penyumbang yang signifi kan kepada efikasi guru secara kolektif. Ia juga mengenal pasti kepentingan keserakanan guru dalam membangunkan efikasi guru secara kolektif.
Highlights
The study proposes a model which highlights the importance of personal well-being, collegiality and work-place well-being as significant contributors to collective teacher efficacy
It identifies the importance of teacher collegiality in developing collective teacher efficacy
Kajian ini membuktikan bahawa kesejahteraan di tempat kerja hanya menjadi pengantara separa yang signifikan antara hubungan keserakanan dengan efikasi guru secara kolektif
Summary
Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan tahap kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru, kesejahteraan guru di tempat kerja dan efikasi guru secara kolektif. Manakala Analisis Model Persamaan Berstruktur dijalankan bagi menguji peranan kesejahteraan guru di tempat kerja sebagai pemboleh ubah pengantara hubungan kesejahteraan hidup guru, keserakanan guru dan efikasi guru secara kolektif. Kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi; hasil analisis Cronbach Alpha bagi pemboleh ubah kesejahteraan hidup adalah 0.93, keserakanan guru adalah 0.87, kesejahteraan di tempat kerja adalah 0.92 dan efikasi guru secara kolektif adalah 0.95. Skala yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah adalah berdasarkan kepada Skala Likert yang bernilai 0 (sangat tidak berpuas hati) hingga 10 (sangat berpuas hati). Instrumen Kesejahteraan di Tempat Kerja: Indeks kesejahteraan di tempat kerja oleh Kathryn Page (2005) yang terdiri daripada 12 item digunakan bagi mengukur kepuasan hati terhadap tempat kerja berdasarkan faktor dalaman dan luaran (contoh.,‘Kerja anda secara keseluruhan di sekolah ini’). Nilai alpha koefisien bagi instrumen ini adalah di antara .93 hingga .95
Published Version (Free)
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have