Abstract

Para Sarjana Islam di Nusantara khususnya Malaysia, Indonesia dan Selatan Thailand telah bergiat cergas dalam menghasilkan karya dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Bidang-bidang tersebut seperti fiqah, akidah, tasawuf, hadith dan tafsir al-Quran. Salah satu karya yang ditulis dalam bidang tafsir al-Quran tersebut ialah Tafsir Nur al-Ihsan yang dihasilkan oleh Umar, M. S. Karya dalam bidang tafsir al-Quran ini menjadi bahan bacaan serta rujukan masyarakat secara meluas dalam memahami isi kandungan al-Quran. Kehebatan ulama Nusantara ini tergambar dalam Tafsir Nur al-Ihsan yang mana terdapat banyak fakta ilmiah termuat di dalamnya seperti perbincangan mengenai sebab turun ayat-ayat al-Quran, kisah-kisah umat terdahulu, kelebihan surah dan ayat-ayat al-Quran, serta perbahasan mengenai ayat-ayat sifat. Namun, fakta-fakta seperti yang dinyatakan itu sebahagiannya tidak dikaji dan dirungkai secara terperinci oleh para pengkaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji dan mengenal pasti salah satu fakta ilmiah dalam Tafsir Nur al-Ihsan iaitu pegangan dan pemikiran Umar, M. S. tentang ayat-ayat sifat. Dalam menjalankan penyelidikan ini pengkaji mengaplikasi kaedah analisis kandungan dan kajian kepustakaan bagi menganalisis dan mendedahkan hal tersebut. Diharapkan setelah kajian ini selesai dijalankan ia dapat memberi pengetahuan baharu kepada masyarakat tentang kandungan Tafsir Nur al-Ihsan di samping dapat memartabatkan karya ini setanding karya-karya muktabar yang lain.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call