Abstract
Warga emas sering mempunyai pelbagai penyakit kronik yang meningkatkan risiko malpemakanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan status kesihatan dan status pemakanan warga emas di kawasan luar bandar, mukim Beranang, Hulu Langat, Selangor dan seterusnya membentuk panduan pemakanan warga emas dalam komuniti. Kajian ini melibatkan dua fasa iaitu fasa penilaian keperluan dan fasa pembentukan panduan pemakanan yang disertai penilaian penerimaan. Seramai 36 orang warga emas ditemu bual dalam fasa penilaian keperluan bagi mendapatkan maklumat sosiodemografi, kesihatan dan status pemakanan. Hasil kajian fasa 1 mendapati seramai 66.7% warga emas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit kronik iaitu tekanan darah tinggi (50%) dan kencing manis (27.8%). Mereka juga tidak memenuhi saranan pengambilan nutrisi bagi tenaga, lemak, folate, kalsium, vitamin A, vitamin D, vitamin E, zink dan potassium. Saiz hidangan bagi buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang serta susu dan produk tenusu adalah kurang daripada saranan oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Warga Emas .Oleh itu, panduan pemakanan dan menu teraputik rendah garam dan diet diabetik dibentuk sebagai panduan bagi warga emas dan penjaga mereka. Penilaian penerimaan terhadap isi kandungan panduan melibatkan penjaga warga emas (n=20) dan juga golongan profesional (n=7) untuk menilai kefahaman terhadap panduan yang disediakan. Seramai 85% penjaga berpendapat isi kandungan panduan mudah difahami, namun beberapa modifikasi perlu dilakukan bagi menarik minat dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap panduan yang disediakan. Golongan profesional bersetuju bahawa penambahan gambar, ilustrasi dan warna dalam panduan ini perlu supaya penyampaian maklumat lebih berkesan dan dapat diterima oleh penjaga dan juga warga emas itu sendiri. Kesimpulannya, separuh dari warga emas di kawasan luar bandar menghidapi penyakit tidak berjangkit (tekanan darah tinggi) dan berdasarkan kekurangan makro-dan mikronutrien tertentu, panduan pemakanan yang mengandungi menu teraputik telah dibentuk. Panduan pemakanan ‘Right Diet 4 Senior’ diterima baik oleh penjaga warga emas dan pegawai pemakanan.
Talk to us
Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have
Similar Papers
Disclaimer: All third-party content on this website/platform is and will remain the property of their respective owners and is provided on "as is" basis without any warranties, express or implied. Use of third-party content does not indicate any affiliation, sponsorship with or endorsement by them. Any references to third-party content is to identify the corresponding services and shall be considered fair use under The CopyrightLaw.