Abstract

Teknologi animasi adalah salah satu elemen multimedia yang kebiasaannya dihasilkan untuk menarik minat kanak-kanak pada suatu ketika dahulu. Kini, fokus utama animasi dihasilkan bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga kepada remaja dan orang dewasa. Kertas kerja ini menerangkan penghasilan animasi 2D dalam menyampaikan maklumat berkaitan penyalahgunaan media sosial kepada orang ramai. Penyalahgunaan media sosial dijadikan tema utama untuk kertas kerja ini adalah kerana manusia menggunakan media sosial setiap hari dan terdapat banyak isu yang berlaku seperti buli siber, penipuan, berita palsu dan banyak lagi. Dengan penghasilan animasi 2D bertajuk ‘Behind the Media’ ia memfokuskan kepada kanak-kanak dan orang dewasa dengan tujuan untuk menyampaikan informasi tentang media sosial dan bagaimana pengguna menyalahgunakannya. Kajian ini menggunakan metodologi 3 Phase Production model. Animasi 2D ini disampaikan dalam Bahasa Melayu dan sarikata English serta di pertontonkan di Youtube.

Full Text
Published version (Free)

Talk to us

Join us for a 30 min session where you can share your feedback and ask us any queries you have

Schedule a call